assalamualaikum..
entry kali ni nak story pasal kisah mangkuk yang mempunyai illustrasi yang cantik, madu dan sehelai rambut.. agak2 apa kena mengena 3 benda ni?? mula2 aku xtau gak, tapi bila dah baca sampai abis rasa touching plak.. bukan touching yang sedih2 2.. erm,, rasa mcm ntah la.. yang penting aku rasa cter ni best.. atliz, bila tulis kat cni, pegi mana2 pun, still boleh baca kan?? kan?? thanx kalau setuju.. ;)
lets begin the story............
Pada suatu hari, Rasulullah SAW bersama para sahabat baginda iaitu Abu Bakar As-Siddiq, Umar Al-Khattab & Uthman pergi ke rumah Ali. Isteri Ali iaitu Fatimah, puteri baginda menghidangkan madu yang dimasukkan ke dalam sebuah mangkuk yang cantik. Di dalam mangkuk itu, ternyata ada sehelai rambut.
Melihat rambut itu, Rasulullah SAW meminta para sahabat baginda membuat satu perbandingan terhadap tiga perkara tersebut.
Abu Bakar memberikan pandangan, "Iman lebih cantik daripada mangkuk yang cantik ini, orang yang beriman itu lebih manis daripada madu ini dan mempertahankan iman itu lebih sukar daripada meniti sehelai rambut." Perumpamaan ini mengandungi makna yang mendalam perihal iman.
Umar pula menyatakan, "Kerajaan itu lebih cantik daripada mangkuk yang cantik ini, seorang raja yang adil itu lebih manis daripada madu dan memerintah dengan adil itu lebih sukar daripada meniti sehelai rambut". Umar menggunakan kepimpinan yang adil dalam perumpamaannya.
Lantas, Ali sebagai tuan rumah pula berkata, "Tetamu itu lebih cantik daripada mangkuk yang cantik ini, menjamu tetamu adalah lebih manis daripada madu dan menyenangkan hati tetamu sehingga dia pulang ke rumahnya adalah lebih sukar daripada meniti sehelai rambut"
Fatimah juga memberikan pendapatnya, "Seorang wanita itu lebih cantik daripada mangkuk yang cantik ini, wanita yang menutup auratnya pula lebih manis daripada madu dan mencari wanita yang tidak pernah dilihat oleh orang lain kecuali muhrimnya lebih sukar daripada meniti sehelai rambut"
Nabi Muhammad SAW berasa gembira mendengarkan perumpamaan2 para sahabat dan puterinya itu. Akhirnya, baginda juga memberikan perumpamaan, "Seorang yang memperoleh taufik dan beramal dengannya lebih cantik daripada mangkuk yang cantik ini, beramal dengan amalan yang baik itu lebih manis daripada madu dan melaksanakan amalan dengan ikhlas lebih sukar daripada meniti sehelai rambut"
Tiba-tiba malaikat Jibril muncul, dan dia berkata, "Menegakkan tiang agama itu lebih cantik daripada mangkuk yang cantik, menyerahkan diri, harta dan waktu bagi mengembangkan agama itu lebih manis daripada madu dan mempertahankan agama sehingga ke akhir hayat lebih sukar daripada meniti sehelai rambut."
Allah pula berkata, "SyurgaKu lebih cantik daripada mangkuk yang cantik itu, nikmat syurgaKu lebih manis daripada madu dan jalan menuju syurgaKu lebih sukar daripada meniti sehelai rambut."
SubhanAllah.. perumpamaan ni bukan setakat perumpamaan2 biasa kan?? masing2 ada meaning.. so, sama2 la kita hayati.. ;)
sshhh --> nak tau byk lagi kisah2 best, ada dalam buku Andai syurga & neraka tidak ada..karya Muhammad Hassan Basri.. cter ni pun dapat dari situ r.. k, renung2kan dan selamat beramal.. =)




No comments:
Post a Comment