assalamualaikum..
tersebutlah sebuah ceritera pada 23 tahun dahulu,
tepat pada 12.02 pagi, 2 febuari 1989, khamis malam jumaat sama macam hari ni,
lahirlah sorang baby seberat 3.2kg di hospital pontian, johor..
Alhamdulillah baby tu sihat.. lalu diberi nama yang indah maksudnya,
cahaya syurga yang cantik menawan..
bertambah seri keluarga si ibu dan ayah akan kehadiran baby tersebut..
setahun, dua tahun dan seterusnya berlalu melewati masa kanak2..
tak banyak benda yang berlaku dalam hidup si kecil,
melainkan masa kanak2 mungkin seperti kanak2 yang lain juga..
cuma bezanya si kecil ini lebih kelakian dan keras sedikit berbanding kanak2 perempuan yang lain..
bersyukur juga lahir di kampung yang kekal ke hari ini..
sekurang2nya perasan pulang ke kampung ketika raya dapat dirasai dengan sungguh indah..
namun, tercatat juga peristiwa pahit yang membuat si kecil rasa terhina..
jangan diingat!! jangan diungkit!! biarkan ia berlalu..
kerna si kecil ini tak mahu lagi mengundang airmata yang sia2..
argh,, persetankan perkara itu!!
zaman remaja yang mengundang suka-duka pun telah dilalui..
si kecil sudah menjadi remaja perempuan yang baru hendak mengenal dunia..
namun, tidak banyak yang dapat diterokai kerna kekangan penjaga yang dihormati..
bagus juga begini, kalau tidak.. mungkin si remaja telah hanyut dalam dunia yang tak menjanjikan masa depan yang sebenar..
sedang si remaja melewati hari-hari di sekolah, ia bertemu dengan ramai insan hebat yang dianggapnya kawan sampai mati..
tak lupa juga pada pengalaman berkawan rapat dengan seseorang tapi tidak kemana..
haha.. pengalaman yang mahu dibuang jauh biar tidak terlekat lagi di fikiran..
hakikat manusia yang sering melakukan kesilapan..
detik demi detik berlalu, si remaja kini melihat dunia baru, dimensi baru..
alam persekolahan ditinggal dan diganti dengan alam universiti..
mahasiswi kini gelaran yang lebih tepat bagi menggantikan si remaja..
alam baru ditempuh dengan perasaan yang sangat berbeza, jauh dari keluarga..
hanya yang ada manusia sebaya yang dikenali sebagai sahabat dan kawan..
ada yang dianggap sahabat sampai syurga..
namun ada juga yang tika suka..
manusia memang berbeza, rambut sama hitam, hati lain2..
kata2 inilah yang dipegang untuk lebih berwaspada..
tika diri dipinggirkan oleh sahabat, hati mana yang tak sedih??
tapi kalau dah nama sahabat, suasana pulih kembali..
masa2 seterusnya ditempuh bersama..
sekarang.. gelaran belum bertukar.. masih mahasiswi..
setahun lagi perjalanan akan ditempuh sebelum gelaran ini ditinggalkan, insyaAllah..
23 tahun.. ya, dah 23tahun hidup atas muka bumi ni..
syukur ke hadrat Ilahi.. hingga ke hari ini aku masih bernafas..
esok lusa jika tiba ajalku, doakanlah yang baik tuk diri aku..
kerna ajal itu memang sudah tetap saatnya walau ramai yang mendoakan panjang umur..
semoga Tuhan memberkati kalian dan juga aku..
tak salah rasanya kalau aku nak menghargai diri pada hari istimewa seperti ini..
mungkin tiada bezanya dengan hari2 yang lain..
namun, bagi aku inilah saat terbaik tuk aku muhasabah..
semoga sentiasa dalam reda Ilahi..
SELAMAT ULANG TAHUN, FATIN NURJANNAH..




No comments:
Post a Comment